Friday, March 23, 2018

LOT 1503 KG WEK MACHANG (RM1.3 JUTA)


1.0 BUTIR-BUTIR HAKMILIK
Butir-butir hakmilik harta tanah sepertimana yang disediakan kepada kami seperti dilampirkan di bawah.



2.0 LOKASI HARTA TANAH
Harta tanah terletak di Lot 1503 Kg. Wek Dewan, Mukim Dewan dalam Jajahan Machang dengan keluasan 3.7997 hektar bersamaan dengan 9 ekar  389 Depa. Lokasinya adalah kira-kira  4.5KM ke arah barat laut dari Kampus UITM Cawangan Machang, melalui Jalan Utama Pasir Puteh -  Machang dan hanya 3.4km dari Bandar Machang.
3.0 KETERANGAN HARTA TANAH
Harta tanah adalah berpegangan kekal selama-lamanya, dikenali sebagai Lot 1503 Kg. Wek Dewan, Mukim Dewan, Jajahan Machang, Negeri Kelantan. Kedudukannya adalah bersebelahan dengan tanah rizab kerajaan. Kategori kegunaan tanah adalah getah. Rupabumi adalah rata dan berlandai rendah.
4.0 KEMUDAHAN ASAS
Kemudahan-kemudahan asas seperti elektrik ada disambungkan kepada kawasan sekitar. 
5.0 KAEDAH PENGIRAAN HARGA
Pengiraan harga tanah dibuat berasaskan Kaedah Perbandingan. Di mana lot yang berhampiran telah berjaya dijual dengan harga RM300000 seekar. Berdasarkan kaedah ini nilai sebenar tanah tersebut melebihi RM3 juta tetapi hanya ingin dijual pada harga diskaun RM1.3 juta sahaja.
6.0 HARGA
Harga: RM 1.3 juta